Pages

Tuesday, December 13, 2011

Dr. ‘Abd al-Halim ‘Uwais dan Ustaz Ahmad Bahjat رحمهما الله

Dr. ‘Abd al-Halim ‘Uwais

Pemikir Islam Dr. ‘Abd al-Halim ‘Uwais telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu lalu, 10 Disember 2011 dalam usia 68 tahun. Dilahirkan pada 12 Julai 1943 di Mesir. Ijazah master dan kedoktorannya dalam bidang sejarah dan tamadun Islam diperolehi daripada Fakulti Darul ‘Ulum, Universiti Cairo. Tesis masternya berjudul (دولة بني حماد في الجزائر) dan tesis Ph.D.nya pula berjudul (ابن حزم الأندلسي مؤرخاً).

Beliau merupakan professor dalam bidang sejarah dan tamadun Islam, serta ketua editor majalah al-Tibyan terbitan al-Jam’iyyah al-Syar’iyyah Mesir (*sebuah pertubuhan yang agak cenderung kini kepada aliran Salafiyyah-Wahhabiyyah, meskipun pengasasnya al-‘Allamah Syeikh Mahmud Khattab al-Subki adalah seorang sufi, bertariqat Khalwatiyyah. Pertubuhan ini diasaskan dengan prinsip berpegang kepada al-Quran dan sunnah pada tahun 1912).

Beliau seorang yang kuat dalam memperjuangkan syariat Islam dan merupakan antara aktivis Islam yang menjalankan kempen anti-Mubarak. Menurut beliau, sistem demokrasi perlu diikat dengan agama agar ia tidak bercanggah dengan syariat Islam dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Di dalam Islam, sistem syura itu lebih menepati kehendak syarak kerana ia mencakupi semua unsur positif yang terdapat di dalam sistem demokrasi dan menolak semua unsur negatif yang terdapat di dalamnya.

Beliau telah menghasilkan lebih dari 100 karya penulisan. Antara karya-karya beliau ialah:

1. (فقه التاريخ فى ضوء أزمة المسلمين الحالية)

2. (دولة بنى حماد 408 – 547هـ صفحة رائعة من التاريخ الجزائرى)

3. (ثوابت ضرورية فى فقه الصحوة الإسلامية)

4. (التكاثر المادى وأثره فى سقوط الأندلس)

5. (دراسة لسقوط ثلاثين دولة إسلامية)

6. (ابن حزم وجهوده فى البحث التاريخى)

7. (إحراق طارق بن زياد للسفن أسطورة لا تاريخ)

8. (المسلمون فى معركة البقاء)

9. (بنو أمية بين السقوط والإنتحار)

10. Revisi kitab (وصايا الصالحين عند الموت)

11. (مكانة بيت المقدس) susunan bersama Dr. Muhammad ’Imarah.

12. (تفسير القرآن للناشئين)

13. (تفسير التاريخ علم إسلامي)

14. (التأصيل الإسلامي لنظريات ابن خلدون)

15. (المدخل إلى الحضارة الإسلامية)

16. (الفكر اليهودي بين تأجيج الصراعات وتدمير الحضارات)

17. (تيارات حضارية في التاريخ الإسلامي)

18. (صفحات من جهود المسلمين في الحضارة الهندية)

19. (أثر التغريب وخيانة التاريخ على مستقبل الأمة الحضاري)

20. (40 سبباً لسقوط الأندلس)

21. (شخصية الرسول أمام المقاييس الإنسانية)

22. (النهضة الإسلامية بين مسئولية القيادة وواجبات الأمة)

23. (الإسلام وتحديات العصر)

24. (ثقافة المسلم في وجه التيارات المعاصرة)

25. Tahkik kitab (الذهب المسبوك في وعظ الملوك) bersama Abu ‘Abd al-Rahman al-Zahiri.

26. Tahkik kitab (خلاصة أصول الإسلام وتاريخه لابن حزم) bersama Abu ‘Abd al-Rahman al-Zahiri.

27. (صور وبطولات من حضارتنا)

28. (في ظلال الرسول صلى الله عليه وسلم)

29. (الشيخ محمد الغزالي: تاريخه، وجهوده، وآراؤه)

30. (حزب البعث: نشأته، مبادئه، موقفه من الإسلام والعروبة)

31. (القيم الإسلامية في تاريخ المسلمين)

32. (بديع الزمان سعيد النورسي: رجل الإيمان والتجديد في مواجهة الإلحاد والتقليد)

33. (قضية نسب الفاطميين أمام منهج النقد التاريخي)

34. (علي بن أبي طالب الخليفة المفتري عليه)

35. (الوحي والعقل والعدل في ميزان الإسلام)

36. (الفكر السياسي بين ابن حزم وأبي حامد الغزالي)

37. (دعاة لكن أدباء)

38. (فتح الله كولن إمام النهضة التركية الحديثة)

39. Revisi buku-buku Syeikh Wahid al-Din Khan (الدين في مواجهة العلم) (رسالة برنامج جديد للعمل الإسلامي) dan (قضية البعث الإسلامي).

40. (مشكلة التقدم بين السنن الكونية والسنن القرآنية)

41. (المجرمون المائة: أولهم قابيل وآخرهم مبارك) antara karya terbaru beliau.


- Rujukan: Moheet.com dan Alshareyah.com


------------------------------------


Ustaz Ahmad Bahjat


Ustaz Ahmad Syafiq Bahjat pula telah meninggal dunia pada hari Ahad, 11 Disember 2011 dalam usia 79 tahun. Beliau dilahirkan pada 15 November 1932 di Kaherah, Mesir. Beliau adalah seorang sasterawan, novelis dan jurnalis Mesir yang terkenal. Beliau adalah pemegang sarjana muda undang-undang dari Universiti Cairo.

Antara tugas-tugas yang pernah disandangnya ialah sebagai wartawan di Akhbar al-Yawm, majalah Sabah al-Khair, dan al-Ahram. Kemudian, sebagai ketua pengurusan dan ketua editor majalah Radio dan TV, serta penolong ketua editor unit kesenian di surat khabar al-Ahram.

Beliau dianggap seorang penulis yang handal dalam bidang penulisan. Tulisan-tulisan beliau juga banyak yang berbentuk keIslaman dan menyentuh soal agama. Antara karya-karyanya ialah;

1. (أنبياء الله) yang telah dicetak sebanyak 36 kali!

2. (بحار الحب عند الصوفية)

3. (قصص الحيوان في القرآن) sebuah karyanya yang masyhur.

4. (مذكرات صائم)

5. (أحسن القصص)

6. (الطريق إلى الله)

7. (قميص يوسف)

8. (الله في العقيده الإسلامية)

9. (صائمون.. والله أعلم)

10. (تأملات في عذوبة الكون)

11. (ناقة صالح)

12. (فيل أبرهة)

13. (حوت يونس)

14. (هدهد سليمان)

15. (الملك طالوت والنهر)

16. (تأملات مسافر)

17. (نبأ ابني آدم والغراب)


- Rujukan: Wikipedia


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.